Consumers International (CI) ialah pergerakan persatuan antarabangsa yang memayungi semua persatuan pengguna di seluruh dunia. Pada setiap tahun, CI telah mengadakan sambutan Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia pada 15 Mac. Pada tarikh tersebut, pelbagai acara dan aktiviti akan diadakan oleh persatuan pengguna yang bergabung dengan CI, berdasarkan tema yang telah ditetapkan.
Tema Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia 2015 ialah “DIET YANG SIHAT”

Bersempena dengan tema (WCRD 2015) ini, FOMCA akan mengadakan aktiviti berkaitan diet yang sihat pada 14 mac di Pasar Raya Besar Giant Kelana Jaya.

Aktiviti ini melibatkan 15 orang kanak-kank berusia 7 tahun hingga 15 tahun. Kanak-kanak ini akan diberikan sejumlah wang yang digunakan untuk membeli makanan mereka suka untuk sarapan.



Selepas membeli makanan tersebut, pilihan makanan itu akan dipamerkan. Seorang pakar pemakanan daripada Persatuan Dietician Malaysia (MDA) akan menganalisis dan memberi komen secara kritikal tentang pilihan makanan kanak-kanak itu.

Acara ini akan diadakan seperti berikut:
Tarikh:  14 Mac 2015
Tempat: Medan Selara, Pasaraya Giant Kelana Jaya (Food Court, Giant Mall Kelana Jaya)
Masa: 9.45pagi – Taklimat kepada Media / Peserta /Sukaralewan
10:00 pagi – Aktiviti bermula
11:00pagi – aktiviti Tamat
11.30pagi – Sidang Media

Sehubungan itu, pihak kami memohon jasa baik pihak tuan untuk menghantarkan wakil media untuk membuat liputan majlis tersebut.

Sekiranya pihak tuan ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi Encik Mohd Yusof Abdul Rahman di talian 0133484990

Terima Kasih