Print
Category: CONSUMER DIGEST

Salahuddin melancarkan Inisiatif Payung Rahmah di Pasaraya Giant Batu Caves pada Isnin.16 Mei 2023 07:49pm
BATU CAVES - Pengguna yang sangsi terhadap ketulenan telur omega disaran melaporkan aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, laporan tersebut penting bagi membolehkan siasatan dakwaan pemalsuan telur omega dapat dilaksanakan.

"Jika pengguna yakin, telur yang dibeli itu bukan telur omega, mereka boleh membuat aduan terus kepada KPDN.

"KPDN akan menyerahkan bukti tersebut kepada Jabatan Veterinar dan Kementerian Kesihatan untuk keabsahan standard telur tersebut," katanya selepas pelancaran Inisiatif Payung Rahmah di Pasar raya Giant di sini pada Isnin.

Beliau berkata demikian susulan terdapat dakwaan ladang-ladang telur di seluruh negara menggunakan syarikat subsidiari untuk menipu label telur biasa yang ditukar dan diisytihar sebagai telur omega bagi mengaut keuntungan berlipat ganda.

Situasi itu menyebabkan berlaku lambakan telur omega manakala telur biasa (Gred A, B dan C) berkurangan di pasaran.

"Bagaimanapun sebagai langkah jangka panjang, kabinet memutuskan empat kementerian bekerjasama untuk melaksanakan pelan tindakan bagi memastikan bekalan gula pada masa hadapan stabil dan terus dinikmati dengan harga berpatutan.

"Kementerian terlibat ialah iaitu KPDN, Ekonomi, Kewangan dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

" Kita sedang bincangkan dengan empat kementerian dan akan kemukakan solusi ini dalam masa terdekat," katanya.

Pada Isnin, bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Tan Sri Shahrir Samad menyarankan kerajaan menghentikan pemberian subsidi pukal bagi gula pasir dan menambah subsidi petrol.

Shahrir menerusi kemas kini di Facebooknya berkata, Malaysia bukan pengeluar gula mentah selain harga yang dijual dengan rendah iaitu RM2.85 sekilogram menyebabkan bahan asas itu diseludup ke luar negara.

Ujar beliau, meskipun Thailand merupakan pengeluar gula, namun negara tersebut menjualnya pada harga yang jauh lebih tinggi berbanding Malaysia.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/258686/berita/nasional/lapor-kpdn-jika-sangsi-ketulenan-telur-omega---salahuddin