Print
Category: CONSUMER DIGEST

24 Dec 2020
Hati-hati melabur, jangan sampai melebur

Nampaknya ramai yang sudah buat permohonan untuk pengeluaran wang KWSP melalui program i-Sinar. Jadi, adakah anda sudah merancang perbelanjaan dengan wang tersebut?

Bagaimanapun, dalam keghairahan menerima wang jangan sesekali alpa dengan janji-janji palsu daripada pihak tidak bertanggungjawab seperti scammer.

Baru-baru ini, Astro Awani ada menemubual seorang perunding kewangan iaitu Abuayubul Ansari. Beliau menasihatkan risiko melabur pada waktu ini sangat tinggi kerana para scammer sedang memerhati mangsa untuk ditipu.

"Kalau dapat duit ini jangan masuk pelaburan sebab banyak scam sudah memerhatikan anda dan ia sangat memberi risiko.

"Ketika pandemik ini eloklah kita simpan sebab tidak tahu bila kemelesetan eknonomi ini akan berakhir dan sekurangnya kita bersedia ada simpanan," jelas Abuayubul atau lebih dikenali sebagai Abang Abu.

Tapi Abang Abu turut mencadang anda untuk menggunakan sedikit wang tersebut dengan menghadiri kursus-kursus terutama berkaitan digital. Tak pun, anda boleh menggunakan inisiatif kerajaan yang ada dengan kursus percuma.

Jadi, apabila sudah menerima wang kelak simpan dan gunakan dengan sebaiknya.

Sumber: Astro Awani