Print
Category: CONSUMER DIGEST

Pengguna boleh kemuka tuntutan terhadap pembekal khidmat telekomunikasiDisember 23, 2020 17:48 MYT
KUALA LUMPUR: Pengguna boleh mengemukakan tuntutan terhadap pembekal perkhidmatan telekomunikasi sekiranya terdapat kemungkiran atau ketidakpuasan terhadap perkhidmatan yang dijanjikan.

Pengerusi Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) Wan Rufaidah Wan Omar berkata jika tuntutan itu turut melibatkan isu terma-terma kontrak yang tidak adil, pihaknya boleh menimbangkan untuk mengetepi atau mengubah terma-terma yang tidak adil itu yang termaktub di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999.

"Memandangkan kontrak pembekal perkhidmatan lazimnya telah disediakan secara standard dan tidak dirundingi oleh kedua-dua pihak, pengguna disarankan untuk membaca syarat dan terma kontrak sebelum menandatangani atau bersetuju untuk menerima perkhidmatan yang ditawarkan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ceramah bertajuk 'Kesilapan Umum Pengguna Sebelum dan Selepas Melanggan Perkhidmatan' anjuran Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) yang berlangsung di laman sosial Facebook CFM, baru-baru ini.

Beliau yang merupakan salah seorang penceramah di program itu berkata demikian ketika disoal oleh seorang penonton sama ada terdapat sebarang akta yang boleh melindungi pengguna sekiranya timbul percanggahan dalam kontrak.

Mengulas lanjut, Wan Rufaidah berkata pihaknya akan meneliti semula kandungan kontrak perkhidmatan terbabit sekiranya kes 'berat sebelah' itu dilaporkan kepada TTPM.

"Sekiranya dikenal pasti terdapat terma-terma kontrak yang tidak adil, Tribunal boleh menimbangkan untuk mengetepikan atau mengubah terma-terma tidak adil itu," katanya.

Sementara itu, Zolkiflee berkata pengguna disarankan untuk bertanya 12 soalan penting sebelum melanggan mana-mana perkhidmatan telekomunikasi antaranya status liputan yang disediakan, kelebihan pakej yang ditawarkan, had langganan, had kredit, tempoh kontrak, caj bulanan dan fleksibiliti kontrak.

Menurut Mohamed Faizal pula, pengadu yang membuat sebarang aduan mengenai salah laku kakitangan awam dan swasta melalui BPA berhak memohon untuk merahsiakan atau mengklasifikasikan maklumat mereka sebagai sulit bagi melindungi dan menjaga kerahsiaan pengadu.
-- BERNAMA

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pengguna-boleh-kemuka-tuntutan-terhadap-pembekal-khidmat-telekomunikasi-274445