Utusan Malaysia - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas26 September 2020, 4:04 pm
SELANGOR: Bekalan air untuk kegunaan domestik dan perindustrian di Selangor cukup sehingga 2065, kata Menteri Besar Selangor..

Datuk Seri Amirudin Shari berkata, jaminan tersebut berdasarkan pembangunan sistem bekalan air bagi mempertingkatkan jumlah sumber melalui Projek Hybrid off River Augmentation System (HORAS) 3000 dan Sungai Rasau.

“Ini kajian kerajaan Selangor berhubung sumber, bekalan dan agihan air negeri ini. Pembangunan bekalan air ini akan melibatkan kos tinggi.

“Hingga Ogos lalu semua empangan mencatatkan kapasiti takungan air melebihi 95 peratus ekoran taburan hujan tinggi di kawasan tadahan,” katanya ketika merasmikan majlis Sambutan Hari Sungai Sedunia 2020 peringkat negeri dan pelancaran Inisiatif Friends of River (FOR) Selangor, semalam.

Menurut beliau, peratusan kapasiti tinggi itu mampu menampung bekalan air mentah muka sauk loji pembersihan air sepanjang tiga bulan jika tiada hujan.

“Status semasa ini menunjukkan Selangor mempunyai sumber mencukupi untuk kegunaan rakyat namun insiden pencemaran berlaku seperti baru-baru ini menyebabkan gangguan bekalan air terawat tidak berjadual,” katanya. – UTUSAN

Sumber: https://www.utusan.com.my/nasional/2020/09/bekalan-air-selangor-cukup-hingga-2065/