air 13 SEPTEMBER 2020 l KHAMIS
Kuala Lumpur - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa Loji Rawatan Air Sungai (LRA) Rantau Panjang telah dihenti tugas pada jam 7.15 pagi ini, bersamaan 3 September 2020. LRA Fasa 1 (SSP1), Fasa 2 (SSP2), Fasa 3 (SSP3) juga terpaksa dihenti tugas pada jam 9.00 pagi ini.

Henti tugas keempat-empat LRA ini terpaksa dilaksanakan berikutan pencemaran yang telah dikesan pada sumber air mentah di Sungai Selangor.

Justeru itu, gangguan bekalan air tidak berjadual dijangka akan berlaku di beberapa kawasan di 7 (tujuh) wilayah iaitu di Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat bermula jam 10.00 pagi ini. Senarai penuh kawasan yang terjejas akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.

Air Selangor bersama Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sedang mengambil tindakan pantas bagi mengatasi insiden pencemaran ini dengan kadar segera.

Para pengguna dinasihatkan agar menggunakan air secara berhemat.

Sumber: https://www.airselangor.com/press-release/henti-tugas-4-loji-rawatan-air-berikutan-pencemaran-sumber-air-mentah