Ramai pengguna telefon bimbit tidak sedar bahawa sekiranya mereka menggunakan talian tollfree 1300 akan dikenakan bayaran. Di Pusat Aduan Pengguna Kebangsaan, ramai pengguna telah mengadu bil telefon bimbit mereka meningkat akibat menggunakan telefeon bimbit untuk menelefon syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan.Ramai pengguna bertanggapan talian tollfree 1300 adalah sama dengan 1800 yang juga menawarkan talian tollfree, namun ramai yang tidak sedar pengguna perlu bayar bila menggunakan perkhidmatan 1300.

Persoalannya, mengapakah syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan 1300  kepada para pengguna untuk pertanyaan atau sebarang kemusykilan sedangkan mereka juga turut membayar untuk perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat tersebut. Biasanya para pengguna menelefon syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan untuk soal jawab atau minta bantuan khidmat pelanggan sekiranya pengguna menghadapi sebarang kemusykilan.Syarikat-syarikat  yang menawarkan perkhidmatan perlu menambah bilangan talian (landline) kepada para pengguna atau menawarkan talian tollfree 1800 kepada para pengguna untuk menghubungi mereka sekiranya perlu dan bukannya 1300.

Ramai pengguna tidak menyedari akan talian tollfree 1300 adalah talian yang berbayar dan bukannya percuma. Diharapkan syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan kepada para pengguna dapat menyediakan talian yang bebas bayaran dan jangan membebankan para pengguna yang sudah dibebankan dengan pelbagai bebanan. Yang ganjilnya talian tollFREE tetapi perlu dibayar.