Frasa ini memang sesuai dan tepat bila ianya berkait dengan pengurusan kewangan seseorang. Anda perlu memberi tumpuan penuh kepada pengurusan kewangan anda sekiranya anda ingin meningkat dan memperkukuhkan tahap kewangan anda.Tahap kewangan rakyat Malaysia setakat ini masih lagi rendah. Kumpulan B40 masih bertungkus lumus menjalani kehidupan, manakala kumpulan M40 pula terpaksa bersaing dengan kos hidup yang kian meningkat. Keteguhan tahap kewangan seseorang boleh diukur dengan melihat kepada penabungan, pelaburan, insurans dan pengurusan kewangan. Adakah anda seorang yang teguh dan stabil dari segi kewangan?

Menyaingi Peningkatan Kos Sara Hidup

Malaysia sedang menjalani proses perubahan dan kerajaan sedang berusaha untuk membuat pembaharuan dari segi politik, namun kos sara hidup yang kian meningkat menyukarkan pihak kerajaan untuk mengatasinya.Tiga isu yang dikaitan dengan peningkatkan harga barang adalah, pertumbuhan pendapatan yang lemah, harga kos rumah yang begitu tinggi dan nilai ringgit Malaysia yang lemah berbanding dengan mata wang negara lain. Di samping itu, kos barang makanan yang semakin meningkat serta perubahan gaya hidup turut menyumbangkan kepada peningkatkan kos sara hidup.

Ramai Rakyat Malaysia kian terlibat dalam Masalah Kewangan

Data mengenai masalah kewangan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia agak membimbangkan. Mengikut perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia, lebih 95,000 individu telah diisytiharkan bankrap atau muflis dari tahun 2014 hingga 2018. Mereka diisytihar sebagai bankrap kerana tidak dapat menjelaskan hutang yang dipinjam dari bank-bank atau syarikat kewangan yang berlesen. Mengikut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), seramai 943,181 individu dengan sukarela telah menerima khidmat bantuan kaunseling AKPK dan sejumlah 281,073 daripada jumlah tersebut telah mengikut program Pengurusan Kredit (PK). Program PK ini direka khas untuk membantu peminjam yang gagal menjelaskan hutang mereka.
AKPK telah menjalankan satu kaji selidik pada tahun 2018. Kajian yang dijalankan adalah mengenai sikap dan tahap kestabilan kewangan di kalangan rakyat Malaysia yang sedang bekerja. Keputusan yang didapati dari kajian tersebut agak membimbangkan kerana dalam lima orang yang dikaji, seorang daripadanya tidak menabung selama enam bulan terakhir dan tiga daripada sepuluh orang terpaksa meminjam wang untuk membeli barangan penting. Malahan, satu dalam tiga orang yang dikaji didapati tidak mahir dalam pengetahuan kewangan dan 52% mendapati gagal untuk mengumpul dana sebanyak RM1,000 sekiranya timbul kecemasan. Punca utama mereka tidak dapat menabung adalah kerana peningkatan dalam kos sara hidup.

STRATEGI LITERASI KEWANGAN KEBANGSAAN

Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019-2023 telah dilancarkan pada bulan Julai 2019. Tujuan utamanya adalah untuk menimba rakyat Malaysia dengan pengetahuan kewangan dan membentuk pengguna yang mempunyai sikap yang baik dalam pengurusan kewangan mereka. Ini adalah sejajar dengan perangkaan yang menunjukkan lebih 68% pekerja yang bersara pada usia 55 tahun tidak mempunyai simpanan sebanyak RM240,000 dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mereka. Dalam pada itu, lebih 70% daripada jumlah tersebut membelanjakan wang tersebut di antara 5 hingga 10 tahun.
Perancangan kewangan tidak sepatutnya bermula bila seseorang pengguna menghadapi masalah kewangan, tetapi perlu dimulakan pada peringkat mereka mula berkerja. Dengan cara yang demikian, para pengguna dapat menanamkan sikap pengurusan kewangan yang bijak serta ke arah penabungan.


Sumber : Comparehero