Lima (5) sebab utama mengapa kita tidak sepatutnya membuat urusan membeli kenderaan kaedah Sambung Bayar dari sudut undang undang.

Kereta kini sudah menjadi satu keperluan dalam setiap keluarga. Namun untuk memilikinya menjadi satu masalah. Ramai yang ingin memiliki kereta tetapi tidak dapat kerana masalah mendapat pinjaman pinjaman dari bank. Ramai juga yang membeli kereta terpakai  melalui pinjaman bank bagi mereka yang layak. Malangnya ramai yang masih tidak memenuhi syarat untuk mendapatkan pinjaman. Mereka yang tidak layak memilihi kaedah yang lebih mudah tetapi berisiko iaitu skim sambung bayar.

Bagaimana skim Sambung Bayar ini berfungsi

Kebiasaannya, pemilik kereta ingin menjual keretanya walaupun masih membayar pinjaman kereta tersebut. Pemilik kereta ini tidak mahu menjual kereta kepada syarikat yang menjual kereta terpakai kerana dia akan kehilangan wang yang banyak dan juga memerlukan wang tunai. Di pihak pembeli pula, dia hanya perlu wang pendahuluan yang kecil di samping menyambung bayaran bulanan pemilik sebenar. Tambahan pulak, pembeli tersebut tidak perlu memohon pinjaman bank.

Skim ini adalah dikenali sebagai skim sambung bayar di mana pemilik kenderaan ini ‘menjual’ keretanya kepada seorang pembeli yang akan menyambung bayaran  pinjaman bulanan yang sepatutnya dibayar oleh pemilik kereta tersebut. Walaupun pemilik kenderaan sebenar membenarkan pembeli membawa pulang kereta tersebut, namun kereta tersebut masih berdaftar di bawah pemilik atau penjual kereta tersebut. Kebiasaannya pemilik kenderaan tersebut meminta wang pendahuluan daripada pembeli dan kedua dua mereka akan memeterai perjanjian sama ada dengan membuat perjanjian bertulis atau berjabat tangan sahaja.

Urusan Jual beli dengan skim sambung bayar tidak dilindungi dari segi undang-undang

Sebarang perjanjian yang ditandatangani atas dasar sambung bayar adalah tidak sah kerana dalam perjanjian jual beli yang di buat antara bank dan pemilik kereta, terdapat satu syarat di mana pemilik kereta tidak boleh menjual kereta tersebut tanpa kebenaran bank. Urusan sambung bayar biasanya dibuat dalam kalangan keluarga atau kawan karib sahaja kerana mereka boleh dipercayai. Namun urusan ini adalah tidak digalakkan kerana terdapat lima risiko yang berkait rapat dengan urusan sambung bayar ini.

1.Ianya tidak sah

Perjanjian  sambung bayar adalah tidak sah di bawah  seksyen 38  Akta  Sewa Beli 1967 (Hire Purchase Act 1967) yang mentakrifkan :

“Setiap orang yang, dengan pelupusan atau penjualan mana-mana barang yang terkandung dalam suatu perjanjian sewa-beli, atau oleh pemindahan barang-barang, atau dengan mana-mana cara lain. Memfraud atau mencuba untuk memfraud pemunya adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini…”

Setiap orang perlu tahu bahawa bila anda membeli kereta dengan kaedah perjanjian sewa-beli dengan bank, maka kereta yang dibeli adalah sebenarnya milik bank sehingga anda menjelaskan pinjaman bank. Anda sebenarnya tidak mempunyai hak untuk menjual kereta tersebut melainkan anda menguruskannya melalui bank. Kalau anda melakukan kesalahan demikian, anda akan boleh didenda sehingga RM30,000.00 dan /atau penjara sehingga 3 tahun.

Di bawah Akta Kontrak 1950, kontrak sambung bayar adalah tidak sah kerana perjanjian yang dibuat adalah salah di sisi undang undang.

2.Pemilik kereta bertanggungjawab sekiranya pembeli tidak membayar ansuran pinjaman

Perlu diingatkan bahawa kereta yang dibeli .akan tetap  berada di bawah nama pemilik kereta dan bukannya pembeli setelah perjanjian sambung bayar dibuat. Sekiranya pembeli tidak menjelaskan bayaran, pemilik perlu menanggung dan membayar pinjaman tersebut.Ini akan memberi kesan ke atas skor kredit yang boleh memberi kesan kepada  pinjaman yang akan dibuat di masa depan. Malah, segala kesalahan lalu lintas mahu pun saman akan ditanggung oleh pemilik kenderaan. Pemilik kereta terpaksa menanggung tanggungjawab yang sangat berat, sedangkan kereta itu diguna oleh orang lain. Apa yang akan terjadi sekiranya pembeli kereta tidak mahu membayar pinjaman mahu pun menyerahkan kereta , itu ada persoalan yang perlu difikirkan oleh pemilik kereta.

  1. Pemilik tidak boleh membuat laporan polis sekiranya keretanya dicuri.

Mengikut Seksyen 378, Kanun Keseksaan, Kes Kecurian ditakrifkan sebagai…

“… hendak mengambil dengan curang apa-apa harta yang boleh dialih daripada milik mana-mana orang dengan tiada kerealaan orang itu …”

Tetapi dalam perjanjian sambung bayar, pembeli sebenarnya tidak mengambil kereta tersebut tanpa kebenaran pemilik, malah pemilik membenarkan pembeli membawanya. Dalam erti kata lain, pemilik tidak boleh membuat laporan polis mengatakan keretanya hilang kerana pembeli telah membawa kereta dengan pengetahuan dan kebenaran pemilik.

  1. Pembeli tidak dapat menukar hak milik daripada pemilik

Pembeli sebenarnya tidak dilindungi oleh polisi insurans sekiranya nama pembeli tidak ada dalam geran kereta. Isu ini boleh diatasi dengan menambahkan nama pembeli sebagai pemandu kedua. Namun masalah yang besar akan timbul bila pemilik kenderaan itu meninggal dunia kerana kereta itu akan menjadi milik waris pemilik. Pada hakikatnya, kereat itu adalah milik bank sehingga pinjaman dijelaskan. Bila pinjaman dijelaskan, hak milik akan diberikan kepada pemilik. Tetapi sekiranya pemilik kereta itu meninggalkan dunia, hak milik kereta akan dipindakan dari pemilik ke waris pemilik sekiranya waris tidak ingin memberikan kereta itu kepada pembeli.

  1. Kereta yang anda beli mungkin kereta klon

Ramai pembeli kereta skim sambung bayar ini kini berhadapan dengan masalah yang lebih besar iaitu mereka dijual kereta klon.Seorang doctor di Alor Setar telah menjadi mangsa yang dijual dengan kereta klon.

Kereta kereta klon ini diberi nombor chasis palsu, nombor kereta yang ditiru serta cukai jalan palsu. Mangsa kereta klon hanya mengetahui bahawa mereka ditipu apabila ditahan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan raya (JPJ) atau bila mereka menghadirkan diri di JPJ untuk memperbaharui cukai jalan. JPJ berhak menyita kereta yang pendaftaran yang tidak sah. Pemilik kereta klon ini juga boleh disabitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 7, Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana kereta tersebut tidak didaftarkan. Kesalahan sedemikian boleh dikenakan denda antara RM2000 dan RM10,000.

Walaupun skim sambung bayar menguntungkan, namun risiko yang bakal ditanggung adalah terlalu besar dan boleh mengakibatkan diri dibeban dengan pelbagai isu yang berat. Mengikut sumber JPJ, sekiranya anda ingin membeli kereta terpakai, anda perlu bawa ke Puspakom atau JPJ untuk pemeriksaan. Ini adalah kerana ianya sukar untuk menentukan sama ada kereta itu adalah klon dengan melihat pada luaran sesebuah kereta

Sumber : asklegal

Diterjemahkan oleh : Baskaran Sithamparam, Senior manager, NCCC