SHAH ALAM: Tujuh kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur dijangka mengalami gangguan bekalan air berjadual pada 23 Julai ini susulan kerja penambahbaikan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1).Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan hari ini, berkata kerja penambahbaikan itu sejajar dengan matlamat untuk meningkatkan kecekapan sistem bekalan air kepada pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Kerja penambahbaikan itu akan menyebabkan henti tugas loji sepenuhnya.“Oleh itu, beberapa kawasan di Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Kuala Langat akan mengalami gangguan bekalan air berjadual.“Tempoh gangguan dan pemulihan bekalan adalah berbeza-beza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung pada lokasi geografi dan altitud premis pelanggan. Sebanyak 15 Pusat Khidmat Setempat (PKS) akan diaktifkan pada jam 8 pagi 25 Julai ini,” kata kenyataan itu.Air Selangor menasihatkan pengguna di kawasan terbabit membuat semakan dan maklumat gangguan serta status terkini dengan memuat turun aplikasi telefon bimbit ‘Air Selangor’, melayari laman sesawang www.syabas.com.my, klik ke pautan https://www.syabas.com.my/carianmudahssp1 atau mengikuti Facebook Air Selangor dan Twitter @air_selangor.

Pengguna juga boleh menghubungi talian 15300 atau WhatsApp talian 0192800919 / 0192816793.