Print
Category: FOMCA DI PENTAS MEDIA

SEREMBAN: Syarikat bas ekspres yang menawarkan perkhidmatan laluan Kuala Lumpur-Seremban kini perlu menyediakan perkhidmatan bas khas untuk penumpang wanita pada waktu puncak.Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berkata arahan itu berikutan permintaan tinggi khususnya daripada kalangan penumpang wanita.“Buat masa ini, ada tiga syarikat yang menawarkan perkhidmatan bas ekspres laluan Kuala Lumpur-Seremban dan kita sudah memberitahu mereka untuk menyediakan empat ‘trip’ (perjalanan) bagi setiap jam antara jam 5 hingga 7 pagi khas untuk wanita.“Ini bagi memastikan keselesaan penumpang wanita yang menggunakan perkhidmatan itu untuk ke tempat kerja setiap pagi,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Stesen Bas Terminal 1, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Loke berkata jumlah trip yang sama juga perlu disediakan syarikat bas ekspres antara jam 5 hingga 7 petang dari Kuala Lumpur ke Seremban.“Kira-kira 2,000 orang menggunakan perkhidmatan bas ekspres antara dua destinasi itu pada waktu puncak. Sebab itu syarat ini hanya dikenakan kepada syarikat bas ekspres di laluan ini,” katanya.Dalam perkembangan lain, Loke turut memberi amaran kepada syarikat bas untuk mengurangkan kos tambang sehala daripada RM7 ke RM6.50 seperti yang ditetapkan sebelum ini.“Saya dimaklumkan mereka menaikkan tambang daripada RM6 kepada RM7 sejak 1 Jun lalu.“Disebabkan kadar harga siling yang ditetapkan adalah RM6.50, mereka perlu mematuhinya atau berdepan tindakan,” tegasnya.Pada masa sama, beliau turut berpuas hati apabila arahan itu dipatuhi syarikat bas ekspres apabila kos tambang itu dikurangkan.