Print
Category: FOMCA DI PENTAS MEDIA

KUALA LUMPUR 22 Mac - Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) mencadangkan supaya dibina empangan atau loji takungan bawah tanah seperti dilaksanakan di Korea Selatan pada masa akan datang.Cadangan itu tersebut perlu berikutan ekoran bencana toksik yang berlaku di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor baru-baru ini apabila menghadapi pelbagai krisis.Timbalan Presiden FOMCA, Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, jika negara membina takungan air, sumber alam itu akan mengalir ke bawah tanah dan ditempatkan dalam satu takungan besar."Kita memerlukan satu sistem pengurusan yang lebih lestari untuk simpan air bagi kegunaan akan datang," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Hari Air Sedunia 2019 di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sea dekat sini hari ini.

FOMCA menganjurkan Hari Air Sedunia 2019 yang melibatkan para pelajar SMK Taman Sea untuk memberi kesedaran di peringkat awal berkenaan kepentingan penjagaan sumber air.Yang turut hadir, Presiden Forum Air Malaysia (FAM), Sarah James Maniam; Pengetua SMK Taman Sea Petaling Jaya, Suriyani Ismail; Pengarah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Thomas Joseph Thomas; Ketua Pengurusan Air Selangor Bhd. (AIS), Kelvin Siew Weng Hue dan Naib Presiden Syarikat Bekalan Air Selangor, Syamsul Hamdan.Mengulas lanjut, Mohd. Yusof berkata, tindakan dan hukuman perlu dikenakan kepada mereka yang mencemarkan sumber air supaya tidak sewenang-wenangnya membuang toksik ke sungai berhampiran."Sepatutnya mereka perlu membuang toksik di tempat yang betul dan diselenggara oleh Jabatan Alam Sekitar."Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas keatas mereka yang mencemarkan sungai terutamanya Sungai Kim-Kim kerana 80 peratus penggunaan air adalah untuk kegunaan domestik," jelasnya. - UTUSAN ONLINE

 

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kenapa-negara-perlu-takungan-air-bawah-tanah-1.867307#ixzz5jKcFHaKH
© Utusan Melayu (M) Bhd