KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memantau perkembangan kes Chikungunya yang melanda Hatyai di selatan Thailand.Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) KKM, Datuk Dr. Chong Chee Keong berkata, pemantauan ketat tertumpu di pintu masuk sempadan Malaysia - Thailand iaitu di Perlis dan Kelantan.Katanya Jabatan Kesihatan Negeri akan melakukan pemeriksaan bagi mengenal pasti individu yang berisiko membawa virus bagi menyekat penularan Chikungunya ke negara ini.Beliau bercakap dalam sidang media selepas menghadiri Program Gotong-royong Mega Perangi Aedes Peringkat Kebangsaan di PPR Seri Alam Fasa 2, Cheras.