Print
Category: FOMCA DI PENTAS MEDIA

KOTA TINGGI, 6 Mac (Bernama) -- Semua pengusaha industri pelancongan disaran menyediakan latihan keselamatan dan pelan kecemasan komprehensif untuk menyelamatkan kakitangan, pelancong dan orang ramai jika berlaku kemalangan di premis mereka.Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye berkata setiap kakitangan dalam industri pelancongan perlu diberikan latihan mencukupi agar mereka tahu cara-cara mengenalpasti risiko dan cara menanganinya berdasarkan konsep “HIRARC” (Pengenalpastian Bahaya, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko).“Majikan perlu melaksanakan latihan keselamatan sebagai sebahagian daripada rancangan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) agar semua kakitangan bersedia menghadapi sebarang jenis kecemasan,” katanya ketika berucap merasmikan Seminar dan Dialog Pemerkasaan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Sektor Pelancongan Johor di sini, hari ini.