Print
Category: FOMCA DI PENTAS MEDIA

KEPALA BATAS 27 Feb. - Seorang lelaki warga emas berusia 67 tahun terpaksa berputih mata apabila wang simpanannya berjumlah RM14,100 lesap selepas diperdaya sindiket parcel scam.Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, mangsa pada mulanya telah berkenalan dengan seorang perempuan di Facebook yang memperkenalkan diri sebagai 'Silver Vuyana’ pada 18 Februari lalu.“Pada 20 Februari, mangsa yang bekerja sendiri di Perai, menerima panggilan daripada kurier dan mendakwa ada satu bungkusan yang dikirim kepadanya namun mangsa perlu membuat pembayaran duti import dan caj penghantaran terlebih dahulu.

“Mangsa kemudian teringat mengenai rakan yang dikenali melalui Facebook yang sebelum itu memberitahu akan mengirim hadiah kepadanya dan tanpa mengesyaki apa-apa dia kemudian membuat bayaran sebanyak RM14,100 sebanyak tiga kali transaksi melalui mesin deposit tunai di sebuah bank di Raja Uda pada Selasa lalu," katanya di sini hari ini.Menurut Noorzainy sehingga kelmarin, mangsa tidak menerima bungkusan tersebut."Dia kemudiannya menyedari telah ditipu sindiket terbabit lalu bertindak membuat laporan polis dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/terkini/wang-simpanan-lesap-ditipu-parcel-scam-1.849747#ixzz5giiEC7s4
© Utusan Melayu (M) Bhd