PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing dinaikkan sebanyak 10 sen seliter bermula 12 tengah malam ini hingga 1 Mac depan.Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, harga runcit RON95 dinaikkan kepada RM2.08 berbanding RM1.98 seliter sebelum ini dan RON97 dinaikkan kepada RM2.38 seliter daripada RM2.28."Harga diesel dikekalkan pada paras RM2.18 untuk tempoh sama berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik (APM) bagi penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan," katanya di sini hari ini.Tambah kenyataan itu, peningkatan harga runcit petrol RON95 didorong oleh faktor peningkatan purata kos produk diproses di pasaran dunia berbanding minggu sebelumnya iaitu daripada AS$63.11 (RM257.17) setong kepada AS$66.91 (RM272.66) setong.

Katanya, kos purata produk diproses bagi produk diesel turut meningkat secara ketara iaitu daripada AS$74.38 (RM303.09) setong kepada AS$79.11 (RM322.34) setong."Sepatutnya harga runcit diesel adalah sebanyak RM2.33 seliter."Namun, selaras dengan janji kerajaan untuk menstabilkan harga runcit diesel sekiranya harga sebenar pasaran adalah lebih tinggi daripada paras ditetapkan, maka harga runcit diesel terus dikekalkan untuk tempoh berkenaan," katanya. - K! ONLINE