‘Pelaksanaan SST bermula 15 Februari 2019’. Itu tulisan yang tertera dalam notis yang dipasang oleh Perbadanan Putrajaya (PPj) berhubung satu pemberitahuan yang dipasang di beberapa kawasan sekira Putrajaya, semalam.Ia merujuk semua kawasan letak kereta atau pakir kelolaan PPj akan dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak enam peratus hari ini.Memetik laporan Utusan Online, pelaksanaan SST adalah susulan Rang Undang-undang (RUU) Cukai Jualan 2018 dan RUU Cukai Perkhidmatan 2018 yang telah diluluskan Parlimen pada 20 Ogos 2018.Sebelum ini, caj pakir di kawasan kelolaan PPj ialah 50 sen sejam antara 8 pagi hingga 6 petang pada hari Isnin hingga Jumaat. Hari Sabtu, Ahad dan kelepasan am adalah percuma.Tetapi pada hari ini, pengguna cuma perlu menambah bayaran sebanyak tiga sen bagi setiap jam bagi kenderaan yang diletakkan di kawasan pakir kelolaan PPj.-MHE TV