Pengusaha food truck perlu diberi lebih penjelasan mengenai pelan teknikal keselamatan melibatkan penggunaan bahan mudah bakar seperti api dan tong gas. Garis Panduan Pengurusan Trak Bergerak telahpun berkuatkuasa 11 November lalu.Bagaimanapun, kebanyakan mereka mengakui, masih memerlukan bimbingan dan kursus dalam aspek ini memandangkan ia turut melibatkan keselamatan dan nyawa pelanggan food truck. Susulan itu, pihak bomba akan mengadakan program berkaitan kepada pengusaha food truck bermula pertengahan tahun ini.