Melindungi Hak Pengguna dalam E-Dagang
15 Mac ialah Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia (WCRD). Ia merupakan acara tahunan pergerakan pengguna di peringkat antarabangsa. WCRD menyatukan pergerakan pengguna sejagat melalui kempen yang sama.


Tema bagi sambutan WCRD bagi tahun 2018 ialah `Membina Dunia Digital yang Adil dan Selamat’ (Making digital marketplaces fairer). Di Malaysia pula, FOMCA telah memilih tema `Perlindungan Pengguna dalam E-Dagang’


Walaupun e-dagang membawa banyak faedah, pengguna juga terdedah kepada risiko membeli-belah dalam talian. E-dagang / membeli-belah dalam talian merupakan bilangan terbesar aduan yang diterima oleh NCCC dari tahun 2014-2016, dengan nilai kerugian berjuta juta ringgit.

Klik disini untuk muat turun brosur tips Online Shopping