Print

Kos sara hidup di negara kita masih berada di tahap yang tinggi walaupun tahap inflasinya rendah iaitu 1% pada tahun 2018. Dengan kenaikan kos hidup, kita sebagai pengguna perlulah mencari jalan yang bijak untuk menyaingi masa yang getir ini. Walaupun cara untuk menjimatkan wang adalah penting, namun kita perlu mencari jalan supaya tidak membazir wang dengan kaedah yang berhemah. Di antaranya ialah,

  1. Jangan membeli sekadar untuk memuaskan nafsu membeli

Sering kali kita berkunjung ke pasar raya dan rasa teruja melihat barang barang yang dipamerkan. Ada kalanya kita tidak dapat menahan naluri dan terus membelinya yang menyebabkbkan pengguna membelanjakan wang berlebihan yang sepatutnya boleh dijadikan sebagai simpanan. Melainkan pengguna disahkan mengidap Oniomania (Compulsive Buying Disorder CBD) iaitu sejenis penyakit yang mempunyai ciri ciri untuk membeli belah, langkah yang paling baik adalah untuk melaburkan wang anda dalam sesuatu pelaburan yang sah yang memberikan pulangan yang baik.

  1. Jangan membeli semata mata kerana barangan di jual musim jualan murah

Kebanyakan pasar raya mengadakan jualan murah semasa musim perayaan seperti Hari Raya Aidil Fitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Christmas dan sebagainya. Di samping jualan ini, ada juga jualan akhir tahun. Kalau anda ingin membeli kerana bimbang akan kehabisan stok, jualan bermusim akan pasti tiba dan akan dapat membelinya sekiranya benar benar perlu.

  1. Jangan beli barangan yang sebenarnya tidak diperlukan

Mengikut pakar pemasaran, Pamela N Danziger, yang telah menulis sebuah buku berjudul “Why People Buy Things They Don’t Need”, mendapati kebanyakan orang membeli sekadar untuk memenuhi dan memuaskan perasaan emosi mereka atau meninggikan status hidup mereka. Ramai orang yang memiliki ciri ciri sedemikian. Mereka mempunyai bilangan pakaian yang banyak yang memenuhi almari mereka, namun mau membeli lagi.                    

  1. Jangan selalu makan di luar

Anda memilik sebuah dapur tetapi masih mahu makan makanan yang dijual di kedai. Jalan yang paling mudah adalah memasak makan yang mudah seperti nasi goreng. Cara yang paling baik untuk berjimat adalah memakan makanan yang dimasak sendiri. Walapun kerja kerja memasak dan juga membersihkan dapur leceh dab menyukarkan, namun dalam jangkamasa lama, memang menguntungkan. Kalau makan di luar, kosnya mungkin RM15, dan kita boleh membeli bahan mentah untuk 2 atau 3 hari.

  1. Jangan beli barangan semata mata untuk menyaingi rakan atau mengikut trend semasa.

Pengguna biasanya ghairah untuk memiliki telefon bimbit yang terbaru di pasaran, tetapi setiap 6 bulan atau setahun, kita perlu menukar telefon bimbit yang terbaru. Akhirnya kita terpaksa menjual telefon bimbit yang lama dengan harga yang rendah. Ini sebenarnya merugikan kerana pengguna tidak menggunakan telefon bimbit ini dengan sepenuhnya.Trend selalu berubah dan untuk kita mengikuti trend tersebut kita perlukan wang dan ketabahan. Jangan terpengaruh dengan perubahan trend.

  1. Jangan membeli di pasar raya, tanpa kad loyalty atau kad kredit

Membeli barangan makanan dan keperluan di pasar raya adalah perkara yang tidak dapat dielakkan. Jumlah perbelanjaan yang dibelanjakan di pasar raya setiap bulan adalah tinggi. Kebanyakan pasar raya di negara kita menawarkan kad keahlian atau kad loyalty kepada pelanggan setianya. Melalui kad–kad ini, para pelanggan akan mengumpul mata ganjaran yang boleh digunakan untuk menebus barangan lain maupun membeli barangan lain dengan harga diskaun. Anda harus memiliki kad kad sedemikian untuk mendapatkan ganjaran yang menguntungkan anda.

Sememangnya untuk menyimpan wang adalah sukar tetapi langkah yang paling bijak adalah untuk mengelakkan dari membazir wang.

Sumber : comparehero