Syndication

feed-image RSS Feed


 
Bulan Kewangan Berhemat / Financial Literacy Month
Monday, 11 July 2011 22:41

Bulan Kewangan Berhemat merupakan inisiatif FOMCA untuk menggalakkan tabiat kewangan yang sihat dalam kalangan rakyat Malaysia. Bulan Oktober telah dipilih sebagai Bulan Kewangan Berhemat peringkat kebangsaan dengan temanya ‘Tanggungjawab Kewangan Bermula Dengan Saya’.

Untuk memastikan kewangan peribadi anda sentiasa berada dalam keadaan yang baik, adalah penting untuk anda mengetahui dan memahami asas-asas belanjawan, cara untuk menguruskan kredit, membuat simpanan, melindungi aset, bersedia untuk menghadapi persaraan dan melindungi diri anda daripada penipuan.

Bulan Kewangan Berhemat pada bulan Oktober ini memberi peluang kepada setiap individu untuk menetapkan beberapa matlamat kewangan peribadi dan membuat komitmen ke arah meningkatkan tabiat kewangan yang baik.


Fakta Ringgit

  • Hutang
    • Hutang isi rumah Malaysia ialah RM 516.6 billion pada akhir tahun 2009 dan ia telah meningkat sebanyak 8.4% ke RM 560.1 billion pada akhir bulan Ogos tahun 2010.
    • Kadar hutang isi rumah dengan Produksi Domestik Bruto (GDP) telah meningkat dari 66.7% pada tahun 2004 kepada 76% pada tahun 2009.
    • Pada tahun 2010, hampir 50% daripada 3,000 individu yang mengunjungi ke Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk kaunseling kredit setiap bulan adalah mereka yang berumur antara 30 – 40 tahun. Manakala terdapat 15% daripada mereka adalah dalam berumur dua puluhan.
    • Menurut kepada AKPK, masalah pinjaman kereta dan pengeluaran pendahuluan menerusi kad kredit adalah antara dua penyebab utama golongan muda mendapatkan kaunseling kredit.
    • Setakat Oktober 2010, 26% kegagalan pembayaran balik pinjaman langsung bank atau kad kredit yang dirujuk kepada AKPK adalah perbelanjaan perubatan tinggi disebabkan kos hidup semakin meningkat.
    • Selain kos perubatan tinggi, punca lain yang dirujuk kepada agensi itu ialah kelemahan pengurusan kewangan (25%), kegagalan perniagaan (13%), kehilangan pekerjaan (12%), manakala 2% akibat kegagalan pelaburan.
  • Kad Kredit
    • Lebih daripada 10 juta kad kredit yang dikeluarkan kepada rakyat Malaysia, dengan jumlah hutang RM 24.4 billion, tetapi hanya 30% daripada mereka mampu membayar balik penuh hutang kad kredit mereka pada setiap bulan.
    • Pinjaman melalui kad kredit menguasai 6.1% daripada jumlah pembiayaan institusi perbankan.
    • Mereka yang menggunakan kad kredit lebih cenderung untuk berbelanja lebih 17% daripada mereka yang menggunakan wang tunai
    • Dari tahun 2005 ke Mei 2010, individu yang diistiharkan muflis disebabkan oleh gagal membayar balik hutang kad kredit adalah sebanyak 4417 orang.
    • Syarikat Nielsen menunjukkan bahawa secara puratanya setiap pemegang kad kredit di Malaysia membawa dua kad dalam dompet mereka
    • Lebih daripada pemegang kad kredit tersebut menggunakan kad kredit mereka 1 – 3 kali setiap minggu
    • Secara puratanya, perbelanjaan bulanan kad kredit mereka ialah lebih daripada RM 900
    • Karnival Jualan Mega Malaysia 2010 mencatatkan peningkatan sebanyak 37%  dalam perbelanjaan pemegang MasterCard di Malaysia. Karnival tersebut telah merekodkan sebanyak RM 235.9 juta berbanding dengan RM 172 juta pada tempoh yang sama tahun lalu.
    • Menurut daripada Bank Negara Malaysia, sehingga November 2009, terdapat 9.8 juta pemegang kad kredit utama dan 1.3 juta pemegang kad sampingan
    • Angkara kad kredit, 120 pemuda berusia di bawah umur 25 tahun di negara ini diisytiharkan bankrap setiap tahun
    • Hutang kad kredit RM 27.1 billion sehingga Januari 2010, dan daripada jumlah itu sebanyak RM 24.7 billion adalah baki semasa manakala baki tak berbayar berjumlah RM 500 juta.
    • Pada masa ini, pemegang kad kredit di Malaysia adalah seramai 3.2 juta orang dengan lebih daripada 60% adalah mereka yang berpendapat kurang dari RM 36,000 setahun.
    • Secara puratanya, transaksi tahunan setiap kad kredit pada tahun 2010 adalah pada RM 9338, manakala untuk kad debit ialah RM 141
  • Penipuan
    • Pada tahun 2010, sebanyak RM 12 juta telah rugi dalam perurusan perbankan internet disebabkan oleh phishing atau cara yang lebih kurang sama.
    • Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) telah menerima lebih daripada 650 kes aduan daripada mereka yang kehilangan wang melalui aktiviti internet, termasuk e-transaksi dengan memberi informasi kad kredit.
  • Bankrap
    • Sehingga May 2010, jumlah kes bankrap yang telah dicatatkan oleh Jabatan Insolvensi ialah sebanyak 217,577
    • Individu yang diisytiharkan bankrap dari tahun 2005 sehingga Mei 2010 ialah sebanyak 80,348 orang di mana lebih kurang 75% adalah golongan lelaki. Majoriti adalah mereka berusia antara 35 hingga 44 tahun iaitu 31.46%.
    • Berita Harian pada 24 Julai lalu melaporkan 38,357 individu berusia 25 hingga 44 tahun diisytiharkan muflis dalam tempoh 65 bulan hingga Mei 2010.
    • Terdapat 80,348 kes muflis yang dikendalikan oleh Jabatan Insolvensi sehingga bulan Mei 2010
    • Daripada jumlah itu didapati purata 41 orang bankrap setiap hari
    • Antara golongan yang diisytiharkan bankrap, mereka berada dalam umur:
    • Umur (tahun)

      Peratus %

      35 – 44

      31.4

      45 – 54

      26.2

      25 – 34

      16.3

    • Antara punca-punca utama yang menyebabkan mereka gagal dalam membayar balik hutang dan seterusnya menyebabkan mereka bankrap ialah:
    • Punca

      Peratus %

      Pinjaman sewa beli kenderaan

      24.12

      Pinjaman peribadi

      11.78

      Pinjaman perniagaan

      10.93

      Pinjaman perumahan

      7.49

      Pinjaman kad kredit

      5.5

    • Setiap hari terdapat 10 orang pembeli kenderaan diisytiharkan muflis kerana gagal menjelaskan hutang pinjaman mereka.
    • Kebanyakan kes muflis yang membabitkan golongan muda adalah berkaitan dengan gagal membayar balik pinjaman kad kredit.
    • Masalah muflis kerana gagal membayar balik pinjaman peribadi meningkat dengan ketara:
    • Dari tahun 2005 sehingga March 2011, terdapat 10,064 orang diisytiharkan bankrap disebabkan menjadi penjamin. Lebih daripada 65% ialah kaum lelaki dan kebanyakan berada dalam umur 45 – 54 tahun.
  • Adakah rakyat Malaysia bersedia?
    • 68% responden risau tentang pelan persaraan mereka
    • 69% ingin mencapai kebebasan kewangan pada masa bersara
    • 24% mengambil berat tentang kos untuk membiayai ibu bapa mereka pada usia tua
    • 21% responden membayangkan tabungan mereka hanya mampu bertahan 4 minggu saja
    • Walaupun 86% responden berhasrat mematuhi bajet bulanan, kurang 28% yang benar-benar mematuhinya
    • 93% responden sedar bahawa mereka memerlukan latihan pengurusan kewangan
    • Hanya 27% responden mempunyai pelan persaraan
    • Sejumlah 56% responden beranggapan kedudukan mereka kini adalah lebih baik berbanding tahun lalu
    • Hanya 28% responden merangka bajet bulanan dan mematuhinya
    • Hanya 39% rakyat Malaysia mempunyai simpanan
Last Updated on Wednesday, 20 July 2011 04:50
 

Dari Meja Presiden FOMCA

Data terkini tentang amalan pengurusan kewangan dan perlakuan dalam kalangan pekerja muda tidak memberangsangkan. Setiap hari dilaporkan seramai 41 pekerja muda diisytiharkan muflis. Menurut kajian yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC), lebih 60% pekerja muda mengalami masalah hutang yang sangat serius.

Klik disini untuk baca lagi

Sertai Kami di Facebook

Financial Literacy Month 2011

Click here to view our facebook

Polls

Bagaimana laman web ini dapat membantu anda dalam pengurusan kewangan?
 

Sudut Uji Diri Anda

Sejauh manakah anda menguruskan kewangan anda?
Untuk mendapatkan tanggapan terhadap tahap kewangan peribadi anda, jawablah 11 soalan berikut. Ia akan memberikan anda sedikit sebanyak tanggapan tentang tahap kewangan peribadi anda.
Klik sini untuk menjalani ujian tersebut

Share